Salam. Hi!
Nama saya Renah. Selamat datang ke blog saya ‘pesanrenah’. Saya rasa amat berbesar hati kerana anda sudi singgah di blog saya ini. Dan salam perkenalan saya hulurkan.
Pertama sekali, sedikit pengenalan tentang diri saya. Saya seorang wanita yang bekerja sepenuh masa dan blogging adalah bagi mengisi masa lapang. Saya juga seorang isteri dan ibu kepada seorang budak perempuan yang manja sebab dia seorang je. Walaupun baru seorang anak setelah hampir 5 tahun saya menunggunya, saya masih bersyukur kepada Allah atas rezeki yang diberikan.
Saya dilahirkan pada tahun 80-an dan membesar di zaman kegemilangan cerita jepun yang dialih suara. Antara kegemaran saya cerita Moero Attack (kalau tak salah begitu ejaannya kot), yang membuatkan saya berangan-angan nak menjadi pemain bola tampar. Juga sedaya upaya cuba untuk menaikkan kaki ke atas dan badan rapat ke dinding. Siapa pernah cuba? Kalau sekarang, tak jadi dah rasanye. Ada satu lagi cerita jepun yang saya minat, tapi lupa apa tajuknya. Cerita yang seorang remaja perempuan mempunyai tongkat sakti dan dihampir setiap penghujung cerita tu, mesti ada scene dia bercakap kepada bintang diwaktu malam seolah bercakap dengan ibunya. Saya juga terpengaruh dan bercakapla sorang-sorang kepada bintang diwaktu malam… kemudian dizaman sekolah menengah, saya mula menggemari muzik dari kumpulan budak lelaki (boyband) dan kegemaran saya semestinya Backstreet Boys. Ada yang minat juga? Kita hampir seusia la tu.. 😊 Yang saya minat adalah Howie D. hehehehe.. pada zaman tu juga saya gemar mengumpul poster-poster artis. Pada masa tu, ada satu majalah kegemaran saya iaitu Galaxy, tak tau ada lagi tak. Saya suka sebab ada poster artis. Yang mana saya minat, saya akan tampal kat dinding bilik. Penuh semua. Apabila yayi (atuk) datang ke rumah dan menjengah bilik saya, dia akan mengucap panjang. ‘Astaghfirullah… macam mana malaikat nak masuk rumah kalau penuh gambar-gambar didinding ni. Nak solat pun macam mana ni.’ Pesan dan komen yayi. Kegemaran terhadap muzik diteruskan. Saya rasa semua remaja pun begitu kan. Dan masa tu, kita akan guna Walkman la. Siapa yang ada, memang hebatla. Dengar muzik sambal berjalan-jalan. Saya mula beralih minat muzik R&B, dengan artis kegemaran seperti Mariah Carey, Brandy & Monica, Janet Jackson juga Christina Aguilera. Boyband pula, masih minat seperti 911, Westlife dan banyak lagi la. Muzik dekat dengan diri saya terutama untuk ambil mood masa nak study dan ketika berjauhan dengan keluarga sebab duduk asrama. So, itu serba sedikit (macam panjang juga) tentang peredaran zaman saya.

Seterusnya, mengenai blog saya ini; pesanrenah.
Blog ini saya wujudkan bertujuan untuk berkongsi maklumat, pengajaran, nasihat dan semestinya pesanan kepada anda diluar sana. Perkongsian ini bukan hanya dari saya sahaja, jika anda ingin turut sama memberi pesanan, boleh nyatakan di ruangan komen pada setiap artikel yang dihasilkan. Saya bukanlah insan yang sempurna (perfect) untuk memberi pesanan. Namun, pesanan yang saya sampaikan dalam blog ini adalah hasil dari pembacaan saya di laman sesawang atau buku-buku mengenai sesuatu topik atau isu, juga pesanan yang saya terima daripada mereka yang lebih berusia dan berpengalaman, juga daripada keluarga, sahabat handai dan mana-mana individu yang sudi memberi pesanan dan teguran yang membina.
Berpesanlah walau secebis nasihat.
Manusia mudah lupa dan kita sentiasa berubah mengikut persekitaran. Seperti saya, adakalanya mudah terlalai dan leka dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri, anak, ibu, kakak, pekerja dan sahabat. Pesanan dan nasihat daripada mereka di sekeliling kita akan menyedarkan kita dan kembali ke jalan yang benar dan mengingatkan kembali kepada tanggungjawab kita.
Dalam blog saya ini, jika diizinkan oleh-Nya dan berkesempatan, saya akan berkongsi pesan dalam tiga kategori:
(i) Pesan Renah: koleksi pesanan serta tips hasil dari pembacaan saya atau pesanan yang saya terima mengenai pembangunan diri (self-development), penjagaan diri (self-care), motivasi diri dan lain-lain berkaitan dalam meningkatkan sahsiah peribadi serta dalam perjalanan menjadi insan yang lebih baik.
(ii) Pesan Alam: Menjurus kepada pesanan dan tips yang berkaitan dengan penjagaan alam sekitar dan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini.
(iii) Pesan Jalan: pesanan dan tips yang saya kongsikan hasil dari trip jalan-jalan.
Berpesanlah dengan kasih sayang.
Sekali lagi saya maklumkan, saya bukanlah insan sempurna untuk berpesan, tetapi saya sedang belajar dan berusaha mencapai kearah kehidupan yang lebih baik. Secara jujurnya kadang-kala hidup saya ni berserabut juga dan kadang kala kurang bijak mengambil langkah dan membuat keputusan. Menemui jalan buntu, membuat keputusan yang disangka tepat, namun akhirnya tidak, kerisauan terhadap perkara yang akan datang dan diluar kawalan kita, merupakan antara pengalaman yang dilalui dalam kehidupan ini. Disepanjang perjalanan itu juga, kita akan ditemani dengan pesanan dan nasihat daripada mereka disekeliling kita. Namun satu jaminan yang boleh saya berikan adalah, pesanan ibu dan ayah kita adalah pesan dan nasihat yang terbaik sekali. Oleh itu, di blog ini, saya ingin menyampaikan pesanan dengan kasih sayang agar pesanan yang saya terima dari mereka yang sayangkan saya akan dapat turut membantu anda diluar sana. Jadi, jangan lupa tinggalkan dan kongsikan pesanan anda di blog saya ini.
Ikhlas,
pesanrenah
Comments
Post a Comment